headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Selasa, Julai 12, 2011

~ Tabika Kemas Penjara Ke Melaka ~

Assalamualaikum...
Salam ceria pagi Jumaat...harap2 line tenet hari ni ok lah..kalau tak hilang mood nak buat n3 ni...
Hari Sabtu lepas 2 Julai 2011...sekolah kakak ada buat Lawatan Sambil Belajar Ke Negeri Melaka..Jadi aku dan my hubby ikut samalah...nasib baik my hubby boleh ikut jugak kalau tak susah jugak aku nak control kanak2 ribena si kecik Aisyah tu...
Dalam pukul 9 lebih kami bertolak dari Penjara Simpang Renggam...perjalanan aku rasa lambat je..yalah maklumlah sebelum ni kami ke Melaka dengan kereta tapi kali ni dengan bas pulak tapi pemandu bas tu memandu dengan berhemah sekali...terima kasih..!!!!
Destinasi pertama...kalau budak sekolah buat lawatan ke Melaka mestilah pergi Zoo Melaka..heheheh...termasuk yang ni dah 4 kali kami ke Zoo ni..Sampai kat Zoo kami diberi masa sampai pukul 1 untuk menjelajah kawasan zoo ni..lama tu...
Jom kita tengok aksi si cilik ketika berada di zoo..tapi sebelum tu kita tengok dulu wajah-wajah ceria sebelum bertolak ke Melaka.Nampaknya..ibu-ibu yang terlebih excited..hehehe...


Masa ni tengah tunggu kanak-kanak dan ibu mereka yang masih belum datang..kami pergi dengan 2 buah bas penjara.

Kanak-kanak teruja tengok binatang kat dalam sangkar cermin tu..

Meneruskan perjalanan...cer teka siapa yang bertopi tu???Ermm..sape lagi kalau bukan anak dara ku Ain..kalau kat sekolah kawan2 panggil Bartisyia..kerana ada 2 orang nama Nurain kat sekolah...sorang Nurain..sorang lagi Nurain Batrisyia anakku...
ralit jer Ain dan Aisyah tengok binatang2 tu...
Okey...Sebelum pukul 1 kami keluardari kawasan zoo..pergi kat bas parking...kerana destinasi seterusnya..makan lah apa lagi...hehehe...aku pun tak sure kat mana tempat ni tapi dekat jerlah dengan zoo ni..

Hah!kat sinilah kami makan...teduh jer..bukan makan kat kedai or restoran tapi makan bekal yang kami bawa sendiri..masing-masing bawa makanan sendiri pastu kongsilah ramai-ramai..meriah!!nak makan apa ada..ayam goreng,rendang ayam,ayam masak kicap dan macam-macam lagi...
Lepas tu kami dibawa ke Menara Taming Sari tapi tak naik pun sebab orang yang terlalu ramai...tak apa lah aku sekeluarga dah naik tahun lepas masa ke sana..dulu murah lagi sekarang mahal rasa macam tak berbaloi langsung naik tu...
Lepas tu kami ronda-ronda sekitar kawasan tu...naik kapal...


Haaaa..kapal ni lah kami naik..lagipun tiket dia pun murah...hehehehe...


Sempat snap gambar kakak yang keletihan tu..
Dah habis round semua..dah tak larat dah nak pergi A'Farmosa...mmm..tak per lah lain kali ya...hehehe..
Dalam pukul 6 lebih kami bertolak pulang ke Simpang Renggam....

4 ulasan :

dear anies berkata...

knape x singgah umah anies?

Bila dalam hati ada taman

#cdmHA berkata...

wah.. best dpt gi jejalan.. saya selalu balik melaka, kampung cik abg, tp xde pun gi jejalan mcm nie.. hohohoho..

Anum Shukri berkata...

anies
Umah anies kat melaka ke?area mana?

Anum Shukri berkata...

AtiEyZ
hehehe...jalan2 memang best...keluar duit yang tak best..hihihhi..dah ikut rombongan kenalah pergi kan?

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers