headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Selasa, Ogos 16, 2011

~ Pesakit Mental Membeli Belah ~

Assalamualaikum..
Salam pagi Ramadhan ke 16...
jom bace paper...!!!!

Pesakit Mental Membeli Belah
Pesakit mental membeli belah di Pekan Rantau Panjang..hohoho..dah lama tak pergi Rantau Panjang..dah lah raya ni tak balik kampung..huhuhu..




DR Ahmad Zuhdi (tiga dari kiri) dan Norazila (kiri) bersama pesakit di pekan Rantau Panjang.

 
Hospital Kuala Krai bawa penghidap skizofrenia ke Rantau Panjang

RANTAU PANJANG: Hospital Kuala Krai (HKK) mengambil inisiatif tersendiri melalui program Pendidikan Pengurusan Kewangan Pesakit Mental sebagai satu terapi dalam memulihkan penghidap skizofrenia apabila membawa keluar seramai 10 pesakit mental membeli-belah di pekan Rantau Panjang, baru-baru ini.
Pendekatan ini diambil bagi mengeluarkan pesakit dari `dunia’ ciptaannya sendiri selain menyedarkan masyarakat betapa mereka memerlukan sokongan untuk kembali pulih dan berupaya meneruskan kehidupan sendiri, biarpun tidak 100 peratus.
Skizofrenia menjadikan seseorang berada dalam dunianya sendiri, pada masa sama menjauhkan diri dari dunia luar sehingga masyarakat melabelkan mereka gila dan patut dijauhi atau disembunyikan.

Juru Pulih Cara Kerja HKK, Norazila Ismail, berkata program berkenaan bertujuan memberikan pendedahan kepada pesakit untuk berkomunikasi dengan masyarakat di sekeliling mereka.

“Kita cuba melihat cara mereka berinteraksi terutamanya dalam proses tawar menawar dengan peniaga bagi membeli barangan disukai dan pemerhatian sepanjang aktiviti menunjukkan mereka mampu melaksanakannya,” katanya.

Sehubungan itu, program berkenaan juga adalah untuk melihat keupayaan mereka menguruskan kewangan selain mengenali nilai mata wang digunakan dalam berbelanja dengan sejumlah wang yang dibekalkan kepada mereka.
Norazila berkata, secara keseluruhan pesakit ini stabil dan boleh diberi kepercayaan untuk menjalani kehidupan normal dengan dipastikan mereka tidak mengabaikan pengambilan ubat.

“Bagaimanapun, masalah timbul selepas pesakit kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat kerana mereka sering kali tidak meletakkan kepercayaan kepada golongan ini dan terus melabelkannya sebagai pesakit sehingga ada yang takut mendedahkan anak atau keluarga kepada masyarakat umum,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perubatan Unit Psikiatrik HKK, Dr Ahmad Zuhdi Laden, berkata pesakit mental boleh menjalani hidup seperti manusia normal lain selagi mereka dilayan serta diberikan peluang, dan bukannya dengan cara menyembunyi mahupun mengasingkan mereka dari menikmati dunia luar.

“Stigma negatif masyarakat mahupun keluarga pesakit mental sendiri mempengaruhi tahap keupayaan golongan ini untuk kembali pulih seperti sedia kala biarpun telah menjalani rawatan dengan pakar psikiatri,” katanya.
 
Sumber : Berita harian online

4 ulasan :

Cheritera Kami berkata...

ada yg duk monitor xpe...

juanita berkata...

Mereka jua manusia punya hati & perasaan

Anum Shukri berkata...

@KSWSK
betul tu..kalau ada yg awasi oklah..

Anum Shukri berkata...

@juanita
ya..mereka juga ada kehendak hati sendiri..ingin diterimma oleh masyarakat..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers