PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Isnin, Ogos 15, 2011

~ Larangan Baca Al-Quran Sebelum Subuh ~

Assalamualaikum..
Salam puasa hari ke 15...dah setengah bulan dah...tinggal 15 hari jer lagi untuk ramadhan pergi...
Ermmm..korang mesti dah tahu tentang isu larangan membaca Al-Quran sebelum subuh oleh kerajaan Pulau Pinang ni...macam2 sekarang orang buat untuk menghina Islam...ntahlah..dunia dah akhir zaman..
Pagi ni baca paper  utusan online..aku sokong ngan Datuk Ibrahim Ali ..supaya menarik balik larangan tersebut...

Tarik balik larangan baca al-Quran sebelum subuh

PASIR MAS 14 Ogos - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta larangan penggunaan alat pembesar suara untuk membaca al-Quran di masjid dan surau pada waktu subuh di Pulau Pinang ditarik balik kerana menyentuh sensitiviti umat Islam.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, larangan itu tidak bertanggungjawab dan seolah-olah mahu mencabar serta menghina kredibiliti atau moral umat Islam negara ini yang rata-ratanya terdiri daripada orang Melayu.
"Saya tidak pernah melihat sepanjang sejarah negara, amalan orang Islam sejak ratusan tahun lalu dinafikan dengan amat mudah sekali melainkan di zaman politik rakus yang begitu gilakan kuasa pada hari ini.
"Ini satu penghinaan terhadap umat Islam dan Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama (Islam) negara. Perkasa kesal dan mengutuk tindakan itu dan berharap ia ditarik balik bagi mengelak sensitiviti merebak dengan lebih parah," katanya ketika ditemui di sini malam tadi.
Ibrahim mengulas laporan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.
Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenainya sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid.
Susulan itu, banyak pihak musykil dengan keputusan tersebut kerana tidak yakin JHEAIPP yang mengeluarkan arahan sedemikian, sebaliknya ada tangan-tangan ghaib yang mempunyai agenda tersembunyi di sebaliknya.
Mengulas lanjut, Ibrahim turut mempersoalkan larangan itu sama ada ia mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin atau sebaliknya.
Tambahnya, Perkasa memandang serius isu itu dan kegagalan pihak terbabit menarik balik larangan tersebut boleh menyebabkan timbul suasana kurang selesa dan tidak mustahil akan mencetuskan perasaan dendam yang akhirnya boleh membawa kepada ketegangan kaum.
Ibrahim menegaskan, amalan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara bukan hanya dilakukan di Pulau Pinang, malah di seluruh Malaysia dan tidak pernah dipertikaikan oleh mana-mana pihak kerana telah dianggap sebagai adat setempat yang membawa kebaikan.
Beliau sehubungan itu menyeru umat Islam bersatu tanpa mengira fahaman politik dalam memantapkan kesucian Islam sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Sumber : Utusan Malaysia Online

4 ulasan :

amiey lee berkata...

ada komen dari Ulama Nik Aziz dan Dr Asri yang menyokong atas sebab tertentu... cuba baca kat blog cikgu zubir kalau tak silap...

huhu sekadar berkongsi ye

ummi anum berkata...

@amiey lee o ya ker??? nnt saya terjah..hehehe...

KhaiRin berkata...

bkn sebelum subuh tp selepas subuh. kalu sebelum subuh, kenapa ada og melaungkan tarahim??

ummi anum berkata...

@KhaiRin dalam dunia sekarang ni macam2 boleh jadikan..saya nak komen lebih2 pun tak boleh..jadi terpulang pada kita untuk menilai samaada sesuatu benda tu boleh ke tak berdasarkan Al-Quran dan hadis..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers