PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Rabu, Ogos 10, 2011

~ Dimasukkan Wad Di Hospital Kluang ~

Assalamualaikum..
Selamat malam seawal pagi 10 Ogos...malam ni my hubby kerja malam..tinggal aku dan anak2 jer...kali pertama kena tinggal selepas duduk rumah baru...Agak2 aku bangun sahur tak pagi nanti..ermmm..bangun tu bangunlah tapi makan ke tak tu tak tahulah sebab sorang2 aku jer...tak ada selera lah..kalau aku nak makan agaknya aku nak masak apa paling senang??hmmm..teringin nak makan maggie tom yam...best tu...hihihih...
Ok!dah melalut panjang aku nih...seperti dalam n3 aku yang LEPAS aku ada sebut tentang dugaan dalam bulan Ramadhan ni...Ramadhan kali ni kami sekeluarga diuji..Aisyah,puteri kedua kami demam yang teruk..tak pernah2 demam macam ni..risau betul aku..mungkin hari Sabtu semasa sukan tabika kemas tu dia main panas..berjemur di tengah padang,berlari ke sana sini..malam tu terus demam...suhu badan tinggi..terus bawa ke klinik..yang menjadi masalahnya bila dia tak nak makan ubat...kalau masuk dalam mulut dia akan keluarkan balik..risau betul aku..
Hari ke 2 demam...aku tengok ok skit..tapi suara dah tak keluar nak cakap..nak apa2 main tunjuk2 jer...huhuhu..kesian betul.!!
Masuk hari ke 3..aku rasa cam tak ok jer..badan dia makin panas...dia pun macam tak larat..jadi kami bawa pergi klinik lagi..kali ni doktor bagi dos ubat yang kuat sikit...doktor kata kalau tak kebah bawa pergi hospital...
Hari ke 4..demam Aisyah makin kuat..badan panas..dia dah tak larat sangat..sekali lagi kami bawa ke klinik..dan terus doktor bagi surat untuk dibawa ke Hospital Kluang...kalau dah dibawa ke hospital apa lagi..bermalam kat wad lah aku...huhuhu..tak apalah asal anakku boleh sembuh dan bermain seperti biasa...
 
Malam pertama Aisyah di wad..muka masih tak bermaya dan pucat..tapi dia tak menangis langsung bila misi nak cucuk jarum dan ambil darah kat tangan dia..siap boleh pandang jer misi dan jarum kat tangan..aku pulak naik risau..dia cuma cakap "ummi..sakit" dengan suara yang perlahan...sedih aku dibuatnya...lepas di cucuk jarum tu misi masukkan air pulak melalui tiub kat tangan tu..
 
Tapi....gambar kat atas itulah aksinya dimalam ke 2...hahahaha...Aisyah!Aisyah!....demam dah kebah...dah ok dah tapi oleh kerana dia tak nak makan ubat doktor tahan untuk suntik ubat antibiotik kat tangan tu..selama 7 hari..mak oiii..lamanya...

Setip kali misi nak masukkan ubat melalui tiub kat tangan tu pun dia diam jer siap bagi kerjasama yang betul2 membanggakan hati seorang ibu...aku tengok kanak-kanak lain terus jer menangis melaung-laung bila dimasukkan ubat...
Hari ke 3...Aisyah semakin sihat..
Hari ke 4...Dah semakin lincah..tapi suara masih serak-serak basah...Alhamdulillah..Aisyah tidak banyak karenah..lagipun my hubby dan si kakak banyak membantu...kami gilir-gilir manjaga Aisyah cuma waktu malam aku yang jaga..my hubby pulak jaga si kakak kat rumah..kerja kat rumah my hubby yang ambil alih...thanks!dear....
Hari ke 5....Alhamdulillah..Aisyah dibenarkan keluar...yeayyyyyy......boleh balik rumah...doktor cakap Aisyah dah ok...so sambung jer ubat kat rumah...bila kt rumah korang nak tahu bila aku bagi Aisyah makan ubat???waktu dia tidur...kadang2 waktu tu pun dia boleh keluarkan balik ubat tu...hahahah...
Alhamdulillah...syukur...kami dapat laluinya..
Terima ksih Ya!Allah..kerana menduga kami dengan ujian ini..semoga terus bertambah pahala dan keimanan kami kepadaMU..
Dan terima kasih juga buat doktor-doktor dan jururawat-jururawat yang merawat anakku ini sampai sembuh..

6 ulasan :

KhaiRin berkata...

kena rajin mkn ubat tu.. lani dgn cuaca x menentu.. apa2 pun bleh jd!

Huda berkata...

alhamdulillah.dh sihat ye aisyah :) cuaca skang ni kadang panas sgt, kadang sejuk sgt..

MamaEma berkata...

akak pindah rumah kat mana pula?

Alhamdulillah dah sembuh dah anak akak

ummi anum berkata...

@KhaiRin
Alhamdulillah...ubat yangdoktor bekalkan dah habis...

ummi anum berkata...

@Huda
betul tu huda..cuaca sekarang ni tak menentu..risau betul kalau demam2 ni...

ummi anum berkata...

@MamaEma
Alhamdulillah ema...akak pindah kat sini jer masih dalam kawasan penjara..kuarters baru siap...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers