headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Isnin, Ogos 08, 2011

~ Hari Potensi Tabika Kemas Parlimen Simpang Renggam ~

Assalamualaikum..
Salam semua..dah lama tak update blog aku ni..sepanjang puasa ni banyakbetul dugaan yang terpaksa aku sekeluarga lalui..Alhamdulillah..kami mampu laluinya...
Sebelum aku story dugaan yang terpaksa kami lalui tu aku nak story tentang my princess ni..Si kakak Nurain Batrisyia...
Hari Sabtu lepas [30/7/2011]tabika sekolah kakak menyertai Hari Potensi Tabika Kemas Dun Simpang Renggam...dan kakak masuk acara sukan Galah Panjang..kalau kat Kelantan kitaorang panggil main Coh.
Bila tengok kanak2 main teringat zaman kanak2 dulu..time main coh ngan kawan2...seronok...!!!
Wajah pagi yang ceria...
Berjalan ke tengah padang untuk acara perbarisan..
Lama jug menanti untuk acara dimulakan padahal seawal jam 8 pagi lagi padang dah penuh dengan kanak2 tabika...terpaksa kanak2 ni berpanas untuk mendengar ucapan2 dari VIP yang dijemput.
 Sebelum main bergambar dulu ya..aik!!!siapa pulak si kecik kat tepi tu..siap cekak pinggang lagi..siapa lagi kalau bukan puteri bongsu aku..Aisyah..
Tabika Kemas Penjara hantar 2 kumpulan untuk main galah panjang..Mula2 lawan kumpulan 1 dan 2 lepas tu lawan tabika lain pulak..kakak dalam kumpulan 2 bila lawan kumpulan 1 dapat no 2 pastu lawan sekolah lain untuk penentuan tempat 3  dan 4..kumpuln kakak dapat temapt ke 3..dan kumpulan 1 jadi Johan untuk Galah Panjang.
 Kakak bersama hadiah yang dimenangi...
Sebenarnya banyak acara yang dipertandingkan seperti bola jaring,futsal,silat dan lain2 lagi..
Rasanya masa pertandingan galah panjang dijalankan..kami ibu bapa dari tabika penjara lah yang paling semangat bersorak...hahahaha...
TApi...
Yang paling tak best terpaksa menunggu lama untuk acara penyampaian hadiah..kena tunggu habis acara yang bertanding..huhuhu..anak2 sudah mula bosan cuaca pula panas membahang..tp suka benar anak2 ni bermain walau ditengah padang yang panas termasuklah si kecik Aisyah...
Apa pun mereka gembira hari tu kerana menang dan menjadi juara.. Juara akan ke peringkat seterusnya wakil daerah..





3 ulasan :

dear anies berkata...

wah tahniah tahniah!

Anum Shukri berkata...

anies..
terima kasih...

Anum Shukri berkata...

abazilah
salam kenal...InsyaAllah ya...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers