PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Selasa, Ogos 23, 2011

~Ibu Terkejut Anak Bawah Kereta ~

Assalamualaikum...
Lagi berita kemalangan jalan raya..tapi yang ini..betul2 mengejutkan aku..kerana kajadian berlaku di kampung aku dam mereka yang terlibat adalah orang kampung aku sendiri..

RANTAU PANJANG – Seorang ibu terkejut apabila melihat salah seorang daripada tiga anaknya berada di bawah kereta selang beberapa minit selepas suami dan anak-anaknya keluar rumah, pagi semalam.

Siti Fatimah Hamat,45, berkata, suaminya, Zakaria Awang,50, bersama tiga anak lelakinya, Mohd Noriman,12, Mohd Azhan Fitri,9, dan Mohd Farihan,5, dalam perjalanan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Pohon Tanjung bagi menghantar dua anaknya yang belajar di sekolah itu sementara anak bongsunya belajar di Tabika Pasti tidak jauh dari sekolah berkenaan.

Siti Fatimah yang juga suri rumah berkata, sebaik dimaklumkan tentang kejadian, dia terus bergegas ke tempat kemalangan terkejut kerana anak-anak dan suaminya berada di atas jalan raya yang mana seorang daripadanya berada di bawah kereta dalam keadaan berlumuran darah.

Menurutnya, walaupun anak serta suaminya terlibat dengan kemalangan, tetapi dia tetap bersyukur kerana ALLAH SWT masih memajangkan usia mereka.

“Saya benar-benar terkejut, baju anak-anak semua diselaputi darah selepas beberapa minit mereka keluar rumah.

“Tapi saya bersyukur mereka semua selamat,” katanya.

Sinar Harian difahamkan, ketika sampai di tempat kejadian, motosikal mangsa dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta sehingga menyebabkan keempat-empat sekeluarga itu tercampak ke atas jalan.

Salah seorang daripada mangsa pula parah dipercayai dilanggar sebuah kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

Kejadian menyebabkan Zakaria cedera ringan pada badan, kedua-dua anak lelakinya, Mohd Noriman,12, dan Mohd Azhan Fitri,9, cedera parah sementara Mohd Farihan,5, cedera ringan.

Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Daerah Pasir Mas untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu Pegawai Bomba Kanan, Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Azuhan Ibrahim yang juga Ketua Operasi berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai memaklumkan tentang kemalangan pada jam 6.54 pagi.

Menurutnya, bomba sampai ke tempat kejadian jam 7.10 pagi berikutan keadaan agak sesak walaupun jarak ke tempat kejadian hanyalah 10 kilometer.

“Ketika sampai di tempat kejadian, kita dapati empat mangsa terlibat dengan kemalangan dan mendapati kesemua mangsa berada di atas jalan kerana difahamkan tercampak setelah motosikal yang dinaiki dilanggar dari arah belakang,” katanya. 

Sumber : Sinar Harian edisi Kelantan.
Pagi semalam sewaktu dalam perjalanan balik kampung..ayah aku dapat penggilan telefon yang mengatakan..mangsa kemalangan yang bernama Zakaria yang kami panggil Pok yo telah meninggal ditempat kejadian..
Tapi bila kami sampai kampung...bukan Pok Yo yang meninggal..tapi anaknya yang bernama Mohd Noriman yang meninggal dunia.Pok Yo dan anaknya yang bernama Azhan masih dirawat di Hospotal Kubang Kerian dan masih tidak sedarkan diri..kedua-dua mereka cedera parah..manakala anaknya yang bongsu hanya cedera ringan.Jenazah anaknya sudah selamat dikebumikan..
Begitulah ceritanya...kesian kepada isterinya...tapi nak buat cmner semua itu dugaan Allah..kena redha...semoga Pok Yo dan anaknya cepat sembuh..

UPDATE : POK YO SUDAH MENINGGAL DUNIA HARI SABTU LEPAS...INNALILLAH..

2 ulasan :

amiey lee berkata...

Innalillah...

takziah pada keluarga mangsa

KhaiRin berkata...

innalillah..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers