Assalamualaikum..
Salam Pagi 21 Ramadhan..
Dah banyak hari tak update blog..dalam minggu ni sibuk sikit...sebab mek dan ayah datang lagi dari kampung..
Emm..pagi2 ni jom kite baca paper..
JELI 20 Ogos – Hasrat tiga sahabat berkonvoi menaiki kenderaan  berasingan untuk memancing di Tasik Banding, Perak tidak kesampaian  apabila dua daripada mereka maut selepas kenderaan mereka bertembung  dengan sebuah lori di sini hari ini.
 
Kemalangan di Kilometer 88.3, Jalan Kota Bharu-Gerik, berhampiran Gemang, Ayer Lanas itu berlaku pukul 8.10 pagi.
 
Dalam nahas tersebut, kereta Perodua Kancil dipandu Zazemi Mat Jusoh,  27, dipercayai terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung  dengan sebuah lori membawa muatan tilam.
 
Kereta mangsa itu kemudian diseret sejauh 35 meter sebelum rakannya,  Aniq Arshad Mohd. Roseli, 18, yang menunggang motosikal muncul dan  merempuh kedua-dua kenderaan tersebut.
 
Zazemi yang berasal dari Bukit Gading, Tanah Merah dan Aniq Arshad,  dari Kuala Krai maut akibat cedera parah di seluruh badan manakala  pemandu lori tersebut, Abu Hassan Husin, 34, dan kelindannya, Karna  Bahadut, 42, hanya cedera ringan.
 
Rakan kedua-dua sahabat itu, Mohd. Zaid Mohd. Zamri, 17, ketika  ditemui di tempat kejadian berkata, mereka bertiga merancang untuk  memancing di Tasik Banding dengan membawa kenderaan masing-masing yang  mana dia sendiri turut menggunakan motosikalnya.
 
“Kereta dipandu Zazemi berada paling depan diikuti motosikal Aniq  sebelum saya mengekori di belakang, menyebabkan mereka berdua sama-sama  terlibat dalam nahas itu.
 
“Kami memilih untuk membawa motosikal disebabkan lokasi tempat  memancing itu hanya boleh dimasuki menggunakan motosikal kerana jalannya  sempit,” katanya.
 
Sementara itu, seorang pelajar Tahun Satu maut manakala ibu dan  adiknya cedera parah akibat dirempuh lori yang terbabas di kilometer 27  Jalan Jerteh-Keruak, dekat persimpangan Felda Tenang, Hulu Besut di sini  kira-kira 7.15 pagi ini.
 
Nik Nur Madhiah Sakeri, 7, pelajar Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja,  Pasir Putih, Kelantan meninggal dunia setelah empat jam dirawat di  Hospital Daerah Besut.
 
Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamaruddin Zakaria berkata, ibu  dan adik lelaki pelajar itu, Raja Juriah Raja Saamun, 38, dan Nik Mohd  Amar Zulkarnain, 2, dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia  (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan.
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mangsa yang  tersepit dalam kemalangan di Kilometer 88.3 Jalan Kota Bharu- Gerik,  dekat Ayer Lanas yang meragut dua nyawa semalam. – MINGGUAN/SAMSUL  BAHARI MOHAMED
Sumber : utusan Malaysia Online
 
 ishh..ngeri..Berhari-hatilah bila berada dijalan raya..Pandu cermat jiwa selamat..