headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Isnin, Disember 26, 2011

~ Puisi Sungai Cinta ~

Assalamualaikum..
Bosan betul rasanya malam ni..tambah2 bila hubby kerja malam..
huhuhu..
Hurmm...dah lama aku tak menjiwangkan diri..cewah ayat..!!!!jiwang sangat...

Dulu...
Wajahmu suci bak lahirnya seorang bayi
Hatimu tulus bak pecinta yang setia
Kau indah bak puteri yang sedang beradu
Namun jiwamu meronta-ronta persis burung di dalam sangkar

Kini..
Wajahmu tiada kesucian lagi
Hatimu turut merintih hiba
Keindahanmu terus dikotori
Jiwamu begitu lesu..
selesu air yang mengalir di dadamu..
Engkau begitu pasrah
Pasrah kepada ketentuan itu
Engkau terus kecewa
Namun tangan-tangan itu terus menodaimu
Tiada kuasa untuk kau melawan..
Saban hari engkau terus ditawani
Saban hari juga engkau bersedih..
Namun tiada siapa peduli..
Sampai waktunya engkau terus membeku
tiada lagi air yang mengalir di dadamu..
tiada lagi kocak-kocak jernih yang menghiasimu
tiada lagi bayu sejuk yang melingkarimu
tiada lagi...tiada lagi...

 
Sungai

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers