Assalamualaikum...
Kita sambung lagi kisah aku kat hospital ya...
okeh!!..
Semasa dibawa ke katil bernombor 24 tu..macam2 bermain difikiran..
Apa sebenarnya terjadi kat aku ni..?
Kenapa sampai kena masuk wad?
Anak2 macam mana?
Dah la hubby ada final exam..
Aku tengok muka my hubby masa aku cakap yang aku kena masuk wad tu..muka dia dah berubah..
aku tahu apa yang bermain di fikiran dia..
Yalah..cuba u all bayangkan..situasi kami waktu itu..
Namun begitu...walau apa jua situasi kita waktu itu..jika kita sentiasa ingat padaNya..
InsyaAllah..Allah akan tolong kita...
Betul tak kawan2...??
Kami terima dugaan ini..itu ujian buat kami..
Banyak hikmah yang kami dapat daripada ujian ini...
Hurmm...aku ditempatkan dalam sebuah bilik yang hanya ada 4 katil jer..Bilik aircond..alamak!!!..risau jugak kalau asma aku menyerang..
Dan..bila masuk..huhuhu...aku sorang jer????
Maknanya dari pukul 3 pagi aku masuk..sampai pukul 4 pagi hubby temankan aku...
Bila misi masuk dah kena halau suruh keluar...so...terpaksalah..
Kesian anak2 sampai pukul 4 pagi tak tidur...
Bila my hubby dan anak2 balik aku hanya rehat2 kat katil..dah tak ngantuk nak tidur..tambah pulak aku sorang2...
Untuk pengetahuan u all..hospital ni adalah hospital baru..kalau tak silap baru awal tahun ni beroperasi..
Nasib aku baik...awal2 pagi dah ada pesakit yang menghuni katil sebelah..berteman jugak..
lepas tu sorang demi sorang masuk..sampai penuh 4 katil..
Kes aku dikategorikan sebagai GYNAE..korang tahu apa maksud tu???
Aku faham tapi tak tahu cmner nak jelaskan..kalau ada yang tahu dengan terperinci bolehlah tolong jelaskan...hehehe...
Okeh...
Oleh kerana tiada siapa yang akan menjaga puteri2 kami tu..kami buat keputusan suruh Mek atau Ma yang datang..terpaksa buat camtu sebab hubby nak exam...kalau tak kami tak akan susahkan mereka...
Bila nak datang..tiket keretapi habis...bas habis..al-maklumlah cuti sekolah...
Dan..oleh kerana tiada pilihan jugak..
selepas lawat aku kat hospital tengahari tu..my hubby dan anak2 terpaksa drive balik kampung untuk ambil Mek aku..
U all bayangkan...dari Johor ke Kelantan berapa jam...
tapi my hubby bertolak dalam pukul 2 petang..pukul 12 malam sampai kampung...
Tidur sekejap, selepas subuh bertolak balik Johor...
Alhamdulillah perjalanan lancar..Mek dan adik aku yang datang...
Petang tu..doktor sekali buat scan..kali ni Doktor Pakar..
Bila scan..masih lagi tak nampak..doktor cakap rahim aku kosong..
Dan sekali lagi doktor periksa jalan bawah..
Dia buat ujian ultrasound...masih tak ada apa2..
Lepas tu..dia seluk pulak dengan tangan..seksa betul...dah lah aku sakit..
Lepas dia buat camtu memanglah keluar darah...
Padahal dari semalam tu darah dah berhenti keluar..bila dia buat camtu darah keluar lagi..
sakitnya tuhan yang tahu...
Bila semua tu tak berhasil..mereka para doktor suspek aku MENGANDUNG LUAR RAHIM.
Ya!Allah...sekali lagi ujian dariMu..
Aku diminta membuat ujian darah sebanyak dua kali ..
Darah aku dihantar ke PATH LAB Kluang kerana keputusannya akan diketahui dalam masa 24 jam walaupun terpaksa keluarkan RM 25 untuk satu sampel darah..bermakna bila 2 sampel darah aku kena bayar RM 50..tak kisahlah tu..sebab kalau sampel darah aku dihantar pada hospital kerajaan bermakna 3 minggu aku kena tunggu keputusannya..
Untuk 2 sampel darah aku kena tunggu 4 hari...
Ini keputusannya...
Aku tak faham apa maknanya...
tapi doktor cakap aku tak mengandung luar rahim...
Alhamdulillah...
Tapi doktor jadi pelik sebab UPT aku masih lagi membuktikan aku mengandung...sedangkan bila scan dibuat..rahim aku kosong...????
Korang pelik tak????
Aku pun pelik....
Tiada apa yang mampu aku buat..hanya berdoa dan tawakkal sahaja kepada Sang Pencipta..
1 ulasan :
yang penting, saya doakan semuanya selamat la yea..saya paham kalo sebut pasal gynae ni sbb pernah tgk macam2 ragam sakit org pempuan kad wad ni..mungkin setiap ujian itu satu bentuk ilmu dari Allah..doa banyak2 yea :)
Catat Ulasan