headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Khamis, Julai 19, 2012

~ Bio Ever Untuk Asma ~

Assalamualaikum...
Hari ni aku ingin berkongsi..
Berkongsi manfaat daripada krim yang aku gunakan..
Asma a.k.a semput..
U all mesti tahu penyakit itukan..atau ada diantara korang dan ahli2 keluarga yang ada penyakit tu..
Untuk pengetahuan u all..
aku 'berkawan' dengan asma ni sejak kecil lagi...Aku masih ingat lagi..waktu itu umur aku antara 3 ke 4 tahun..
ya..ini lah satu2 memori yang aku ingat seawal usia 3 ke 4 tahun..
masa tu..aku hanya terbaring saja..tak mampu untuk bermain seperti kanak2 lain..kerana penyakit aku akan meyerang bila2 masa sahaja jika aku bergerak aktif..
Aku ingat lagi..waktu tu..aku sudah nyawa2 ikan orang kata..
mek dan ayah tak tahu nak buat apa dah..tapi entah macam mana..
nenek aku telah memberikan aku makan ubat..lepas tu aku beransur sihat..
u all nak tahu apa yang nenek aku bagi??
lipas putih yang dibakar...dia bagi aku makan..waktu aku pun tak tahu itu lipas..kalau aku tahu memang aku tak makan..huhuhu..dah besar baru keluarga aku ceritakan..ish!ish!..
Bermula daripada itu...aku semakin sihat..dan bila aku memulakan persekolahan..penyakit aku langsung tidak menyerang..
malah aku boleh bergiat aktif dan bersukan kat sekolah..aku tak perlu risau lagi..Walau ke sekolah menengah pun aku masih aktif bersukan..
Namun..selepas aku keluar dari kolej..penyakit itu perlahan2 datang..
dan selepas aku kahwin ia main kerap datang...namun masih terkawal..aku hanya gunakan inhelar yang warna biru tu..
Tapi 2,3 tahun kebelangan ini..dia memang semakin kerap datang..sehingga setiap bulan aku akan ke klinik untuk sedut oksigen tu..memang tiap bulan kena pergi kerana ia akan menyerang tak kira cuaca..
kalau cuaca terlalu panas pun tak boleh,cuaca sejuk lagi lah..
habuk2 lagi lah aku alah..dan memang sepanjang aku kahwin..my hubby memang larang aku kemas rumah..katanya banyak habuk nanti aku lelah lagi..begitulah..my hubby seorang suami yang sangat2 prihatin tapi cepat panik bila aku sakit..mungkin kerana dia terlalu risau itu yang jadi panik tu...Apa pun terima kasih my love...
Namun..pertengahan bulan 5 tahun ni aku diperkenalkan dengan krim nano Bio Ever ni..
Ia sangat2 membantu...dari bulan 5 sampai sekarang..aku tidak perlu lagi berjumpa doktor untuk sedut oksigen...nafas aku lebih selesa..Alhamdulillah..syukur sangat2...
Kalau dulu aku bimbang kalau berada dalam bilik berhawa dingin..sekarang tak lagi..buktinya..semasa aku kat hospital dulu..memang ia langsung tidak menyerang...dan juga sewaktu aku masuk snowwalk kat i-city tu..cuaca memang sejuk gilerr..tapi aku boleh bertahan..Alhamdulillah...terima kasih Allah..Krim ini memang ajaib.
Banyak lagi krim ini buat untuk aku...nanti aku akan ceritakan..harap u all tak bosan baca entry ni ya...
terima kasih.....
 Macam ni lah aku dulu...



Rabu, Julai 18, 2012

~ Lawatan Tadika Penjara Ke Kuala Lumpur~

Assalamualaikum..
Ni pun cerita lama..bulan 7 dah nak habis..baru nak update untuk cerita awal bulan 7..huhuhu..
Nak buat cmner,keadaan tak mengizinkan..
Okeh!!!!
1/7/2012...
Tadika Kemas Penjara 1 dan 2 buat Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur.
Wahhh..kali ni jauh pulak perginya..
Kalau dulu pergi Melaka dan Johor Bharu jer..
Tapi kali ni ke Kuala Lumpur..
waktu ni aku masih lagi tak berapa sihat..
so..semua kerja memasak my hubby yang uruskan..
kalau aku buat jugak memang nak kena marah dengan dialah jawabnya...
So..my hubby masakkan bekal untuk kami lewat malam dah..
bangun pagi panaskan jer..
Terima kasih my dear...
Para ibu,bapa dan anak2 berkumpul depan sekolah sebelum bertolak jam 7 pagi..
Pergi dengan 2 buah bas penjara
(untuk bas buah ke biji ek???lupa..lama tak sekolah..huhuhuh)
Tapi..aku,my hubby dan Aisyah tak naik bas..kami follow belakang dengan kereta..
Hanya kakak yang naik bas..
Kami berhenti sarapan kat RNR Pagoh..

sempat lagi posing...

Alhamdulillah..perjalanan ok dan kami sampai KL pukul 11 lebih..
Destinasi pertama ke Putrajaya..

Sekejap jer kat Putrajaya ni..
habis posing dan round2 kejap kami ke destinasi kedua..
KLCC...
Di KCLL ni kami ke Petrosains..
Masing2 berkumpul sebelum masuk ke Petrosains..

Dah dapat tiket..jom masuk...
Harga tiket
Dewasa : RM 13.50
Kanak-kanak : RM 4.50

Jom kita tinjau apa ada kat dalam...


Nak masuk dalam kena melalui Perjalanan Sekilas Masa menggunakan Gondola..
Apa yg ada dalam perjalanan ni??
hehehe..u all kena rasa sendiri..

Gunung berapi



Habis meronda dan bergambar dalam Petrosains ni..kami bergerak ke destinasi seterusnya..
i-city,Shah Alam...
Masa sampai hari masih lagi cerah..xder lagi lampu2..
so..main salji lah dulu..

masuk Snowwalk..
Sebelum masuk..pakai baju sejuk dulu...

Peace!!!!
sejuk giler...
mula masuk..aku agak risau..
takut asma aku menyerang..
Tapi Alhamdulillah..
selepas guna krim Bio Ever..
asma aku dah hampir 2 bulan dah tak datang serang...
Alhamdulillah...

Nak jugak letak pic berdua.
ngeh!ngeh!

Jom teroka pulak apa ada disekitar kawasan i-city ni..



Hmm...habis ronda kawasan sekitar...
tapi rasanya belum habis..aku memang dah tak larat nak jalan..
Akhirnya..
kami berpisah..rombongan sekolah terus balik malam tu jugak..
aku..terus ke Sungai Buluh..
rumah akak aku..tidur sana...
Esoknya..kami ke destinasi kami...
jumpa member lama..

P/s : u all ada asma a.k.a semput tak?
kalau ada boleh cuba produk yang aku syorkan ni ya..
Bio Ever
InsyaAllah..dengan izin Allah..

Isnin, Julai 16, 2012

~ Blogger Mamaema Datang Melawat ~

Assalamualaikum..

Last untuk kisah aku kat hospital dulu..(hihihi..tak habis2 lagi..)

u all kenal tak member kat sebelah aku tu...??
Kalau u all nak kenal..
klik SINI
hah!tu lah dia rakan blogger kite..mamaema..
Cmner kitorang leh kenal ek?
Meh nak story cerita panjang yang dipendekkan..
Sebenarnya mamaema ni adalah classmate aku masa amik diploma dulu..
kitorang jumpa kat Kuantan walaupun sama2 orang Kelantan..
aku di Pasir Mas dia di Pasir Puteh..
hihihi..
tak apalah dah sama tu pasir kan ema?

dah lama tak jumpa dengan ema...
tup tup...terpandang tubuh tinggi lampai ema kat wad aku tu...
Terima kasih ema keran sudi lawat akak kat hospital tu...
Jadi ke reunion kita ni?
harap2 jadilah..dah lama tak jumpa dengan korang semua..
rinduuuuuu.........
Kalau jumpa mesti gamat tempat tu kan...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers