headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Rabu, Oktober 20, 2010

Takkan Pernah Jauh


Aku baca novel ni dalam masa 3 hari.Emm...tu dah kira lambat tu kalau biasa aku baca novel,aku boleh habiskan dalam masa 2 hari..heheheh...beza 1 hari jer..
Shanika Latisha....sebenarnya aku baru jer beli novel dia...baru pertama kali walaupun aku tahu dia dah banyak novel.Pandangan pertama aku tengok novel ni...emmm..menarik!so aku belilah..

Takkan Pernah Jauh

Kasih tercipta
Rindu bersulam
Cinta membara
Sayang menjelma...
namun...
Lidah kelu untuk bersuara
Tiada lafaz dapat diungkapkan
Walau hati meronta-ronta
Cinta terpendam begitu saja
Takut kehilangan persahabatan yang terjalin.

Tahniah buat penulis...kerana berjaya menggarap jalan cerita yang unik.Dari alam remaja hingga ke usia emas.Kisah Shah Idham yang mungkin pada pandangan saya seorang lelaki yang takut untuk meluahkan kata cinta hingga terpaksa menderita memendam rasa selama 30 tahun.Lama betul!!!Dyba pula seorang wanita yang pada pandangan saya seorang yang penuh kasih sayang walau pun tidak mengetahui bayi kembar yang dijumpai anak siapa.Namun kerana takutkan abang tiri,dia terpaksa melarikan diri meninggalkan bayi yang jumpai bersama Shah.Saya kagum dengan keperibadian Shah kerana cintanya pada Dyba dan kasihnya kepada kembar itu.Walaupun tanpa Dyba dan perkahwinannya yang singkat,Shah berjaya membesarkan Khalel dan Hafiy sehingga mejadi manusia yang berguna walaupun bapa mereka seorang pembunuh dan hanya menyayangi diri sendiri sahaja.
Walau jarak masa selama 30 tahun yang memisahkan Shah dan Dyba,cinta yang tidak terluah itu tidak pernah padam walau cuba untuk dilupakan.Kuasa Allah,mereka disatukan juga walaupun masing2 sudah berusia kerana pada mereka yang tua hanya usia tapi tidak pada kasih sayang.
Tetapi...watak Wairin..seorang yang pendendam.Kerana cinta sanggup putus kehilangan kawan.Inilah konflik yang terpaksa di hadapi oleh Shah,Dyba,Fazril  dan Wairin bila hubungan persahabatan bertukar kepada cinta.Hanya Neesa yang mempunyai hidup sendiri namun masih terperangkap dengan mainan Wairin untuk membenci Dyba.Apa jadi kepada Wairin setelah pernikahan Shah dan Dyba?Adakah masih berdendam dan tidak boleh menerima kenyataan?
errmmm...itu lah yang dapat aku komen tentang novel ini..kalau korang nak tahu kisah nya bolehlah dapatkan novel ni di pasaran..terima kasih!!!

2 ulasan :

Unknown berkata...

salam kak,

best ke cite ni? hehe..dulu sy peminat tegar novel gak tp la ni bz ngan anak..x dan nak bace..

Anum Shukri berkata...

w'salam Huda...ermmm..citer ni baet gak..kalau rasa nak nangis nak rasa takut...blh lah baca..hehehe....ok..akak bagi 3*...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers