headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Jumaat, Disember 16, 2011

~ Langkawi Percutian Keluarga -Part 4 ~

Assalamualaikum..
Hmmm..tak habis lagi ya cerita hal holiday ni...kita berhenti kat mana ya aku pun dah lupa..jap ya nak check catatan lama...
Hurmmm...
ok..kita masuk hari ke 2...
Bangun pagi hari kedua kami sarapan dengan nasi goreng..lepas tu kul 10 lebih keluar dari rumah..Destinasi pertama kami ke Langkawi Airport kerana adik aku dan anak saudara aku tu terpaksa balik awal...kerana..sorang tu ada kerja perting dan yang sorang lagi ada exam..so terbanglah diorang balik tengahari tu..babai...
Lepas diorang terbang kami ke destinasi seterusnya..
Langkawi Cable Car.

 Dah sampai tu sempat lagi bergambar kat depan pintu masuk tu..tengok si kakak Ain tu..tengah menangis tu..mengamuk nak suruh beli topi..huhuhu..
Tengok tu..bila dah beli dah boleh bergambar dengan senyumnya bersama Mak Dek nya..

Ni adik ipar aku tu bersama anaknya Danial Fitri..Huhuhu..cian kat Fit ya..papa kena balik awal..ada kerja..
Ni adik lelaki aku yang masih belajar kat MSU..ada orang kata adik aku ni ada iras Hafiz AF..ala yang nyanyi lagu Awan Nano tu..aku rasa kalau sama pun maybe tang rambutnya..hihihi..
Siap bergambar sakan kat depan tu kami masuk..kami solat zuhur dulu..tup!tap!tup!tap..hujan yang amat lebat turun...huhuhu..
Lama jugaklah hujan turun..sampai perut masing-masing dah lapar...so kami makan lah kat food court yang ada kat situ..Dah siap order makan tu punyalah lama tunggu makanan siap..dah lah mahal makanan tak sedap pulak tu..tapi nak buat camner,,makan jerlah dah lapar...muka masing-masing dah bengang..dah lah tak boleh nak naik Cable Car..
Hujan dah berhenti kami solat Asar lepas tu keluar jer dari situ..terus kami ke sini...

Air Terjun Telaga Tujuh

Aku suka tengok gaambar ni..masing-masing buat aksi memanjat bukit..hahahaha..tapi memang letih,penat bagi aku yang semput ni..aku tak ada my hubby memang aku dah angkat bendera putih tak nak teruskan perjalanan..tapi my hubby terus bagi aku semangat..aku memang dah semput dah masa tu..nafas dah turun naik..dah lah ada kera kat situ..takut betul..anak-anak kami memang dah sampai ke depan..nasib baik mak -mak saudaranya ada...memang excited..!!!

Dalam semput-semput tu nak jugak bergambar...sempat jugak adik aku snap gambar ni..

Sama tak baju aku dan mak aku ni???hihihi..warna jer lain..

Cantik kan???
Sejuk sangat..dah lah kami sampai sesudah hujan..
tak boleh nak mandi sebab arus kuat...tapi anak-anak aku ni memang tak boleh tengok air..nak jer mandi..siap nangis-nangis..

Bagi jer diorang mandi..dah ada guard jaga tu...hihihi..saper lagi kalau bukan my hubby..

Cantik...hurmmm..adalah yang jadi model-model part time kat sini...

Dah nak balik dah ni..

Seronok walaupun keletihan...
time ni ayah tak ikut sama..tak larat katanya...
Tapi kami memang tak puas hati kerana tak dapat naik Cable Car...
BErsambung lagi untuk part - 5


Selasa, Disember 13, 2011

~ Header Baru By Myself ~

Assalamualaikum...
Yessss....!!!!!
Akhirnya siapa jugak aku buat...
Apa yang ku tak sangka aku buat sendiri header ni..
Tahniah untuk aku...!!!!


hasil tangan aku sendiri..
Hmm..camner pulak aku nak ubah pulak tamplate blog ni..rasanya dah bosan dengan yang lama...
boleh tak aku design sendiri???
tapi camner ek???
Ada sesiapa boleh ajar???






Isnin, Disember 12, 2011

~ Tiram Indoor Waterpark ~

Assalamualaikum..
Cerita ni dah berlaku 2 minggu lepas lagi..tapi asyik pending jer..tak sempat..hihih..
2 minggu lepas..
Hari selala kalau tak silap..my hubby kerja malam..so keesokannya off lah ya..
Dia pun dengan bangganya mengajak aku dan anak2 bersantai ke satu tempat yang kami tidak pernah jejaki pun..
Kalau dah tak pernah pergi memang tak tahulah kat mana kan???
so..nasib baiklah ada GPS ni...
Ikhsan Google
Banyak dah dia berjasa pada kami...
So..destinasi kami ke TIRAM INDOOR WATERPARK yang terletak di Ulu Tiram, Johor.
Sebenarnya Tiram Indoor Waterpark ni terletak didalam bangunan Pasaraya Today Mall.Tiram Indoor Waterpark ni baru jer dibuka tapi aku tak ingat bilakah masanya..
Bayaran masuk pun berpatutan
Kanak-kanak - RM7
Dewasa - RM10
itu harga untuk hari biasa..untuk hari minggu lain pula harganya.
Jom kita layan gambar2 yang sempat disnap ya..
 Teruja nak main air..
Suasana yang sejuk dan tak panas..hihih..

Dah besar pelampung dari Aisyah...
Basar betul Squidword kat belakang tu..
cantik kan lukisan dia???
Yang ni pun cantik..
Air dia sejuk sangat kat sini..Si Aisyah sampai dah terketar-ketar sejuk tapi tak nak berhenti lagi..
Seronok tengok anak2 mandi..
dah lama tak bawa diorang kat tempat macam ni..

tinta hati : lain kali kita ajak papa pergi lagi ya...ummi pun tak puas main hari tu..hihih..
 

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers