headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Jumaat, Disember 09, 2011

~ Langkawi Percutian Keluarga - Part 3 ~

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..Dapat bersambung lagi kisah holiday untuk hari ni..Harap masih ada yang sudi baca..
ok!Untuk hari pertama kami kat sana.,selepas sarapan dengan nasi lemak tu kami bersiap-siap untuk ke Underwater World..

 Sempat lagi bergambar sebelum masuk..harga tiketnya aku dah lupa lah..sorry ya..

Riuh kami kat dalam ni..lensa kamera memang tak duduk diam..snap!snap!snap!..
Memang kami adik beradik pantang ada kamera..

Mulanya ayah aku tak nak masuk..tiket masuk mahal katanya..tapi setelah di pujuk baru lah masuk..barulah ngam...tak kan lah ayah nak duduk sorang2 kat luar tu..

ya ya jer binatang ni berposing...hahaha..masa kami mula2 masuk tu binatang2 ni elok jer dok makan tapi mungkin tengok kami snap sana snap sini..terus jer dia buat aksi macam tu..mula2 seekor jer pastu datang pulak seekor lagi..posing yang sama...



Gambar yang ni semua sekali keluargaku..
Habis meronda dalam Underwater World tu..kami keluar..
Destinasinya ke Pantai Cenang..


Cantik kan?Hajat nak mandi tapi cuaca tidak mengizinkan..mendung jer...
Sambil lepak-lepak,kami makan kat gerai di pantai tu..

Makan Laksa Langkawi dan kelapa muda..ada juga pasembur..masa makan hujan turun..ni jer gambar yang sempat snap kat Pantai Cenang..Bila hujan berhenti kami plan nak ke Cable Car..tapi waktu pun tak mengizinkan..dah lepas Asar..so kami round pekan Langkawi..
Pergi ke Eagle Bay tapi Burung Helangnya sedang di baik pulih..tak boleh nak snap gambar..rugikan??
Lepas tu kami pergi shopping lah..kami ke kedai Haji Ismail..coklat murah-murak kat sana..
Malamnya..rehat jer hilangkan penat..tengok tv...
Kita sambung hari ke 2 di entry akan datang ya..

Rabu, Disember 07, 2011

~ Khairul Fahmi Che Mat Akan Dapat Banglonya ~

Assalamualaikum...
Apek oh Apek...
tuoh demo deh..hehehe..
Tahniah kepada KFCM ni kerana bakal mendapat banglonya yang akan diserahkan kepadanya oleh kerajaan Kelantan.
Banglo ini dihadiahkan kerana menghargai kejayaan Apek membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lepas..
 
Tahniah Apek...walaupun sebelum ini segala dugaan dan gossip-gossip yang ingin menjatuhkannya hebat diperkatakan...namun Apek tetap tabah.
Buat Apek..jangan mudah mengalah dengan segala dugaan yang diterima..terus tabah dan jangan berputus asa...
Apek adalah permata negara...dan permata negari Kelantan..
 
"GOMO KLATE GOMO"
KAWE BANGGO DENGA DEMO

Isnin, Disember 05, 2011

~ 10 MUHARRAM ~

Assalamualaikum..
Bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kalendar Hijrah..
Banyak keistimewaan dan kelebihan pada bulan ini...dan banyak jugak peristiwa-peristiwa yang berlaku pada bulan ini..
Antara peristiwa yang berlaku pada bulan Muharram ialah: 
 
1.ALLAH menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya
2.ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
3.Diciptakan lautan pada 10 Muharram
4.Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
5.Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram
6.Diciptakan Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
7.Dimasukkan Nabi Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
8.Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
9.Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
10.Diselamatkan anaknya Nabi Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
11.Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
12.Diampunkan kesilapan Nabi Daud a.s. pada 10 Muharram
13.Dilahirkan NabiIsa a.s. pada 10 Muharram
14.Dikeluarkan Nabi Yunus a.s. daripada perut ikan Nun setelah berada di
dalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram
15.Disembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. pada 10 Muharram
16.Diangkat Nabi Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
17.Diterima taubat Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
18.Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s.
19.Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
20.Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
21.Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
 
Share dari : SINI

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers