Intai-Intai

Selasa, Ogos 31, 2010

Sambut Merdeka Kat Tadika

Salam...
         Hari ni Tadika Penjara Simpang Renggam dah buat sambutan Kemerdekaan yang ke 53...jadi kami para ibu bapa dijemput hadir sekali untuk memeriahkan sambutan.
         Errmmm...nasib baiklah kakak tak banyak ragam nak bangun pagi ni..mungkin tak sabar nak kibar jalur gemilang.Oleh kerana papanya kerja hari ni jadi aku yang kena hadirkan diri bawa sekali adiknya,Aisyah.
        Sampai kat sekolah dah ada ibu2 yang sampai..setelah semuannya berkumpul,kami nyanyikan lagu Negaraku,lagu Negeri Johor,lagu Tanggal 31 dan lagu Jalur Gemilang.Semangat semuanya termasuk kami ibu2...heheheh....
       Setelah selesai nyanyi..ada pula aktiviti mewarna lukisan..ibu2 disuruh sekali mewarna bersama anak-anak..hahaha..seronok jugak yalah dah lama tak mewarna..semua bersemangat merdeka.
Merdeka!Merdeka!Merdeka!...
Hasil Tangan Kakak

Kakak Bersama Lukisannya

Bergambar Bersama Kawan-kawan dengan Lukisan Masing2


Selamat Hari Merdeka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dah baca tu komen lah sikit..janganlah segan..sayang korang semua..