Intai-Intai

Selasa, Februari 01, 2011

~ Penderaan Seksual (Kanak-kanak) ~

Assalamualaikum semua...

Hari tu kakak bawa balik satu pamplet yang di beri oleh cikgunya..so di sini aku nak kongsikan bersama ya..tentang penderaan seksual terhadap kanak-kanak.

Apa itu penderaan seksual terhadap kanak-kanak?
Apa jua perlakuan individu yang memaksa, memperdaya atau mengugut kanak-kanak yang mendorong berlakunya hubungan seksual dengan mereka, semata-mata untuk memuaskan nafsu seksual.Tindakan yang dilakukan terhadap kanak-kanak berumur 0-18 tahun yang belum mencapai tahap pemikiran dan perasaan yang sempurna.

Perkara yang diklasifikasikan sebagai penderaan seksual.
  • Memasukkan objek @ bahagian tubuh ke dalam faraj,mulut atau dubur.
  • Rogol
  • Seks Oral
  • Liwat
  • Pelacuran
  • Peluk/cium
  • Mempamerkan/memperlihat serta menyentuh buah dada,vagina dan zakar
  • Mendedahkan tayangan video lucah dalam bentuk video,foto dan realiti.
  • Mengintai kanak-kanak sewaktu mereka berada dalam tandas atau tidak berpakaian.
Apakah Tanda-tandanya?
  • Mengigau,sukar tidur,takut gelap
  • Perubahan tingkah laku secara tiba2,takut,marah menyisih diri
  • Merasa tidak berupaya/tidak berdaya
  • Berahsia
  • Sering bercakap tentang teman baru yang lebih dewasa
  • Menghisap jari,kencing malam bagi kanak-kanak yang besar
  • Memakai pakaian yang berlapis-lapis
Apa Yang Perlu Dibuat Apabila Mereka Mula Memberitahu?
  • Percayalah
Kanak2 jarang sekali mengadakan cerita.Mempercayai kanak2adalah langkah utama dalam membantu mengatasi trauma yang mereka lalui.

  • Bertenang
Kesabaran dapat membantu mengembalikan maruah kanak-kanak.
  • Tegas
Kanak2 harus dibenarkan dan digalakkan untuk menyatakan perasaan.
  • Membimbing Kanak2 Untuk Menghadapi Situasi Seterusnya
Kanak2 perlu mengetahui mana2 pihak yang boleh membantu.
  • Sokongan
Menyakinkan kanak2 bahawa ada orang membantu semasa diperlukan.
  • Laporkan Kes Penderaan
Laporkan kes penderaan sahih dan disyaki dalam masa 48 jam.

Siapa Yang Boleh Kita Hubungi?

Talian NUR-15999
Teledera- 1 800 88 3040
Jabatan Kabajikan Masyarakat Negeri Atau Daerah
Rakan  Cop
Balai Polis Berhampiran

Ini yang dapat aku kongsikan...


  

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum.
    Penderaan seksual nampaknya telah menular dalam kalangan masyarakat Malaysia.

    Kita sepatutnya lebih kasih dan sayang kepada kanak-kanak ini. Mereka adalah masa depan negara.

    TQ

    BalasPadam
  2. Betul tu....kanak-kanak adalah permata negara..

    BalasPadam

Dah baca tu komen lah sikit..janganlah segan..sayang korang semua..