headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Rabu, Februari 29, 2012

~ Dimakan Anai-anai ~

Assalamualaikum..
Dag agak lama tak update blog kecintaan ini ya..Banyak jugak nak story mory..tapi cam tak ada idea lak...tapi tak apa akan ku cuba cari idea..
kemana lah menghilangnya idea ni ya...huhuhu..
hmmm...
oklah..Entry ni bukan untuk menagih simpati..tak pun..jauh sekali untuk membuka pekung di dada...malu r...hehehe..
Jom kita layan gambar2 ni dulu..





Gambar-gambar ni semua menunjukkan semua dinding rumah dimakan anai-anai..



Yang ni bahagian bumbung dapur diluar..
semua anai-anai dah makan..
Hebat betul makhluk Allah ni..malah kalau nak dikira..semua bahagian dirumah ni dah dimakan anai-anai..
mungkin tunggu masa untuk roboh kerana bahagian bumbung rumah pun dah dimakan anai-anai..
Tidak adakah peruntukkan yang sesuai untuk membaikpulih rumah ini?
Dari bahagian kerajaan,NGO atau swasta manakan yang boleh menolong baikpulih rumah ini?
Kalau ada boleh beritahu saya???
Sebenarnya...ini adalah rumah peninggalan arwah ayah..hanya tinggal mek dan seorang sepupu yang tinggal disini..kami adik beradik hanya balik ketika cuti sahaja...
Nak harapkan kami adik beradik untuk membaikpulih rumah ini..mungkin sampai bila tak mampu..

Rabu, Februari 22, 2012

~ Tips Menjadi Pasangan Yang Baik ~

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..aku kembali dengan semangat dan azam yang baru..InsyaAllah..
Alhamdulillah segala kemelut yang melanda dapat diatasi..syukur sangat-sangat..
Okey..kat sini aku nak kongsi beberapa tip untuk menjadi pasangan yang baik untuk suami isteri.

1.TERIMA SEADANYA
Jangan cuba mengubah pasangan anda mengikut kemahuan kita.Ingat,pasangan yang kita kahwini itu ataupun yang dicintai itu adalah pilihan kita sendiri.Jangan terlalu dambakan kesempurnaan.Terima segala kekurangan,kerana tiada manusia yang sempurna.Cuba fikirkan kebaikan pasangan kita daripada terus memikirkan kekurangan atau keburukannya.

2. BERKOMUNIKASI SECARA TERBUKA.
Jangan selalu membuat andaian tentang perasaan pasangan kita.Adalah lebih baik mengajak pasangan kita berbincang secara terbuka tentang semua perkara.
Belajar mengekspresikan perasaan dengan cara yang terbaik supaya pasangan dapat memahami ketika kita marah,terluka,tersinggung ataupun gembira.Ucaplah kata sayang sekerap yang boleh,walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan kerana itulah yang mahu didengar oleh pasangan.Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.

3. AKTIVITI BERSAMA.
Aktiviti bersama mampu merapatkan hubungan.Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama.Misalnya menonton video di rumah atau menonton wayang.
Kita perlu berhati -hati bila pasangan lebih gemar bersama kawan2 melebihi pasangan sendiri.Ini petanda tidak baik.

4.TUNJUKKAN CINTA ANDA.
Selepas berumahtangga,sesetengah orang kurang mengambil perhatian terhadap terhadap hati pasangan masing2.Ada yang kata....
Sudah kahwin untuk apa romantik lagi?
Itulah tanggapan yang salah.Rasa cinta dan sayang tidak salah diluahkan melalui sejambak bunga buat isteri ataupun menyediakan makan malam yang romantis untuk suami.Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah perkara yang mampu mengekalkan hubungan.

5. KAWAL PERASAAN.
Apabila sedang marah ataupun ada perkara yang mengganggu kita cuba bertenang dan bertanya kepada pasangan.Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana itu hanya akan membawa kepada pergaduhan Pasangan akan menghargai ,sekiranya kita bertenang ketika menghadapi sebarang situasi.

6. JANGAN UNGKIT KISAH LALU
Berhenti mengungkit masa lalu yang negatif.Tidak ada sesiapa yang mahu mengingati kesilapan apatah lagi kesilapan itu merupakan kenangan pahit ataupun memalukan.Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan kita sebagai senjata setiap kali berlaku pergaduhan.

7. KURANGKAN RASA CEMBURU.
Setiap individu tidak boleh lari daripada perasaan cemburu.Namun,cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana sikap itu boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri.Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya pada pasangan.

8.JAGA KOMITMEN ANTARA SATU SAMA LAIN.
Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi kerana sikap ini akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita.Menjaga kepercayaan memerlukan komitmen supaya dapat membina satu perhubungan yang sihat.Apabila pasangan merasakan kita mula mengabaikan komitmen maka bersiap sedialah akan kehilangannya.

9. JUJUR.
Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan.Jangan sesekali menipu pasangan kerana sikap itu antara punca suatu perpisahan.Kejujuran yang dimaksudkan ialah kejujuran dalam mengungkapkan perasaan kepada pasangan kita.Sekiranya kita terluka,katakan kita terluka.Beritahu dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.

sumber : daripada buku 60 tip menjadi isteri cantik dan solehah.

Jumaat, Februari 10, 2012

~ 40 Hari ~

Assalamualaikum..
Semalam 9 Februari genap 40 hari ayahku meninggalkan kami sekeluarga..
Ayah..semoga ayah tenang disana..kami sentiasa mendoakan ayah..
Hari khamis malam jumaat..kami buat majlis bacaan Al-Quran dan solat hajat..
 kami menjemput 10 orang penduduk kampung untuk membacakan ayat-ayat suci tersebut.
Sebelum bacaan Al-Quran,kami adakan dulu solat hajat..
Majlis bermula lepas Isyak dan tamat pada pukul 12 malam..
Dan hari ni..
kami adakan majlis tahlil untuk arwah dan juga maulidur Rasul.
Teringat dekat arwah..
Biasanya arwah cukup suka dengan majlis macam ni..dengan menghimpunkan semua ahli keluarga dan sanak saudara...
Kalau ada majlis kenduri,dialah antara insan yang sibuk membantu itu dan ini..
Tapi semua itu hanya tinggal kenangan sahaja..

Maaf..rasanya.entry ni pendek sahaja..kerana aku tiada mood untuk menulis...ini kerana banyak betul ujian dan dugaan yang terpaksa aku hadapi dalam minggu ini..ia begitu menyakitkan..Rasanya biarlah buat sementara waktu ni..aku nak stop dulu menulis blog dalam 2,3 hari..ehemmm2,3 hari jer..InsyaAllah...
InsyaAllah..aku tak akan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan kemelut yang melanda..

Rabu, Februari 08, 2012

~ Hari Tanpa Kata @2 ~

Assalamualaikum..
Jom layan gambar kami kat Desaru Beach,Johor.
 




Gambar-gambar ni diambil sehari sebelum ayah ku meninggal..
Masa ni adik dan anak saudaraku datang bercuti ke rumah kami..

Isnin, Februari 06, 2012

~ Coretan Rindu Buat Suami ~

Assalamualaikum..
Dah seminggu seminggu lebih my hubby aku kat USM untuk kursus Intensif bagi Pengajian Jarak Jauhnya.
Dan sebab itulah jugak aku berada di kampung ni..
Selama seminggu lebih juga aku memendam rindu,,cewah...hehehe..
al-maklumlah..kami jarang berpisah dalam jangka masa yang lama..
Banyak betul dugaannya kali ini..padahal hubby dah tahun ke 3 buat PJJ.
B..
coretan ini buat sayang..

Ku tenung awan di dada langit, ku lihat dirimu.
Ku tenung rumput di bumi,ku lihat dirimu.
Ku pandang sekitar alam..hanya kamu memandangku..
Aku tersenyum dengan wajah yang sarat dengan lautan rindu.. 
Hatiku gundah..
Cinta ini begitu menyala..
Rindu ini begitu membara..
Perpisahan ini..
walau sementara..
Begitu menggetar jiwa
Hingga memamah seluruh rongga.
Sayang..
Perpisahan ini..
mengajar aku untuk sabar
mengajar aku untuk rasa cemburu
dan
mengajar aku untuk percaya
Namun 
ada waktunya aku tewas
tewas dengan rasa cemburu
Begitupun kau tetap mengingatkan aku..
Ingat janji kita.
Terima kasih suamiku..



 Terima kasih untuk kiriman indah ini sempena 6/02 ni..
Ingat lagi kan tarikh ini..
Kita disandingkan atas pelamin yang indah..
Alhamdulillah..
Walaupun kita diijabkabulakan 20.01..
Namun 6/02 baru kita naik pelamin...

Dan sayang..
terima kasih juga untuk coretan yang penuh romantik untuk umi..


HANYA UNTUKMU SAYANG

cintaku untukmu tak akan pernah hilang
meski pun waktu terus akan berputar
cintaku hanya tetap untukmu

walaupun kau pernah membuat hatiku sungguh sangat kecewa
itu tidak akan membuat cintaku hilang darimu

hanya dirimu yang aku cintai
hanya dirimu yang aku sayangi
hanya dirimu yang mampu membuatku tegar dalam hidup ini
membuat hari-hariku terasa indah saat bersamamu

begitu banyak sudah kenangan yang t’lah kita lewati bersama
aku berharap
rasa ini akan terus abadi untuk selamanya kepadamu
dan akan slalu begitu untuk seterusnya

kamu adalah wanita yang mampu menggetarkan jiwaku
membuat semuanya terasa indah walau pun muram untuk ku lewati

yakinlah sayangku
hanya kamu yang akan selalu aku cintai dan aku sayangi seumur hidupku
sampai akhir ku menutup mata ini
aku akan selalu mencintaimu :)
— di USM, Penang.


Kepulangan sayang akan kami nantikan..

Ahad, Februari 05, 2012

~ Santan Beku Disangkakan Air Batu ~

Assalamualaikum...
Kejap tadi baru jer lepas makan nasi..Makan pagi cover terus untuk tengahari..
Menu hari ni..memang terangkat..
Ikan pekasam,kerabu pucuk paku dan ayam goreng bawang..aku layan sorang-sorang sebab anak-anak dan mek aku dah makan..
Lepas makan tetiba teringin nak minum Neslo Ais..bestnyer..dalam pada tu dah terbayang..bestnya dapat minum Neslo Ais..
So..terus lah berjalan ke peti ais ambil susu dan air batu..
dan terus kacau susu,milo dan nescafe..dah siap..then..terus aku ketuk-ketuk ais dengan "alu lesung"..dan masukkan terus dalam neslo tadi..
tiba-tiba....
"eh!apasal air ni rasa pelik jer..berminyak pulak tu?"..soal aku dalam hati..
Ada pulak warna putih kat dalam air...
Aku tengok balik ais yang masih ada kat luar gelas..
Alamak!!!!!
Aku terus laung.."Mek,apa ni?santan ker?
Adoiyaiiiii....
Aku mati-mati ingatkan ais batu..rupanya santan beku...
terus aku dah tak teringin nak minum..
Huhuhuhu....
Aku terkena...
sebab plastik Ais tu mek aku buat letak santan jugak..sama warna jer aku tengok mula-mula..
Gelak aku sorang kat dapur..
 
google search..

Sabtu, Februari 04, 2012

~ Maulidur Rasul 2012 ~

Assalamualaikum..
Salam Mualidur rasul buat semua umat Islam seluruh dunia ini..
Marilah kita sama-sama berselawat keatas junjungan besar Nabi kita,nabi Muhammad S.A.W.
 
Ehsan en google
 
Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
 
 Betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
 
Google
 

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers