headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Ahad, November 21, 2010

Godek Punya Godek

     Godek punya godek...hurmmmm....apalah yang aku godek ya..letih jugak mata ni...bukan apa pun..godek mencari tamplate yang cantik...
     Nah!cantik tak yang ni...???tak per lah kalau aku rasa tak cantik lagi aku cari yang lain pulak..huhuhu..entahlah..ada jer rasa yang tak kena..tak tahulah tamplate yang ni bertahan berapa lama..hehehe..cantiklah buat masa ni..

Jumaat, November 19, 2010

Cinta Aku Seadanya


Cinta Aku Seadanya

Ingin rasa diri dicintai
Ingin rasa diri dirindui
Mengharap kasih pada yang tak sudi
Agar bahagia kemudian hari..
Sementelah diri sering diuji
Dikeji,dicerca dan dicaci
Kerana tanda lahir dia rela menyendiri

Syifa....dilahirkan mempunyai tanda lahir dipipi kiri...bukan niat dan kemahuan hati namun dia terus dicaci dan dikeji oleh orang-orang yang tidak tahu menilai dan menghargai ciptaan Ilahi...kerana kekurangan yang satu itu Syifa mempunyai sifat rendah diri yang begitu mendalam dalam diri.Dia tidak sanggup berdepan dengan masyarakat,tidak sanggup mendengar diri dicaci kerana setiap kali dicaci dan dikeji dia hanya akan menangis dan tidak pernah mempertahankan diri.Ini telah membuatkan kakak kandung sendiri,Zahra bertindak turut tidak menghargai Syifa dengan terus menghina Syifa kerana mempunyai tanda dipipi.Niat Zahra hanya ingin Syifa sedar diri dan berusaha untuk membela diri namun Syifa lebih rela mendiamkan diri.
Dengan kemelut yang melanda diri..masih ada lagi yang berhati mulia menyayangi.
Nafisah...kagum dengan keperibadian diri Syifa tidak pernah menilai tanda lahir dipipi gadis itu.Lantas ingin menyunting Syifa menjadi menantu untuk anak sulungnya,Muszahri.Kata sepakat diperolehi,Syifa dan Muszahri diijabkabulkan menjadi suami isteri.Syifa keliru sendiri adakah diri dicintai oleh suami yang mula mendapat tempat dihatinya.Sementelah ada yang menjadi duri...Luna seorang gadis yang up-to-date..mengilai Muszahri hingga sanggup menabur fitnah kepada Syifa.
Muszahri...seorang jejaka tampan yang kuat bekerja.Dunianya hanya kerja.Bila menjadi suami dia seakan tidak pandai memainkan peranan diri.Muszahri tidak pandai untuk menunjukkan rasa cinta dihati akibatnya Syifa terkontang-kanting seorang diri.Muszahri lelah sendiri bila Syifa koma dalam satu kemalangan.Muszahri hampir tumbang namun nasib baik ada sahabat sejati,Adlisham yang tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat.Muszahri lebih tertekan bila Syifa tidak mengingati dirinya sebagai suami.

eh!eh!nak baca lebih2 beli sendiri....heheheh...nanti tak syok lah...ermmm...konklusinya...bila aku baca novel ni...Geram sangat2 dengan Syifa...bukan apa..sifat merendah dirinya melampau-lampau...huhuhu..Muszahri pulak...ada jugak yang macam tu ya..tak tahu nak tunjukkan rasa cinta pada isteri...kesian....saat2 paling sedih dan tertekan bila Muszahri tidak dibenarkan berjumpa dengan Syifa semasa Syifa koma oleh Farizal,adiknya.sedih gak!

Apa2 pun aku suka baca novel Moon ni..Moon,akak bagi 4 ****




Selasa, November 16, 2010

Salam Aidiladha

      Pejam celik pejam celik...esok dah nak raya..raya lagi kita ya....
      Kepada kawan-kawan,sahabat handai dan sesiapa jua yang nak balik raya kat kampung tu diharap berhati-hati di jalan raya..semoga selamat sampai ke destinasi..
     Raya korban kali ni aku sekeluarga tak balik kampung...uwaaa...uwaaa...sedihnya...yalah raya puasa hari tu dah balik...kali ni my hubby kena kerja lah...so..berayalah kat kuarters penjara ni..sunyi....pasti sunyi!
     Kalau raya kat kampung mesti meriah..kat Kelantan memang meriah kalau raya korban...
    
    Dan bagi yang menunaikan ibadah haji tahun ni...semoga selamat semuanya dan mendapat haji yang mabrur..InsyaAllah...
    Di kesempatan ini aku nak ucapkan ...
                  
             SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM

Ni lembu yang dikorbankan tahun lepas kat kampung aku..

Walau apa pun...lepas raya nanti aku sekeluarga akan balik kampung jugak...InsyaAllah.


Ahad, November 14, 2010

...titian kehidupan...

Wajah Baru

     Rumahku Syurgaku...



Jauh beza dari yang lama..tapi ni bukan rumah baru..rumah lama gak cuma suasana dan rupa kat dalam je yang baru...



ni langsir yang baru di jahit..biasa-biasa jer..cukup lah dapat tutup ruang dapur..


tu buai kakak....tak nak letak kat luar katanya nanti cepat rosak..hahaha..


cukuplah untuk berlindung...

tinta hati: Terima kasih buat suami tercinta dan anak-anak,Ain dan Aisyah..kerana sama-sama mewujudkan semua ini untuk kita sekeluarga...

Sabtu, November 13, 2010

Jauh Kau Pergi

      Yessss.....!!!!!
      Berjaya juga aku dapatkan Jauh Kau Pergi...Kak Dhiya,saya dah siap baca dah..ni nak komen boleh tak?hehehe...




Jauh Kau Pergi

Betapa jauh kau pergi...namun aku tetap setia menuggu....
Derita kenangan silam..buat aku sukar untuk menyambut salam cintamu...

Persahabatan yang terbina selama bertahun-tahun akhirnya bersatu dalam akad yang suci walaupun tanpa kerelaan hati namun Afiqah Najwa redha menghadapi..Kehilangan abang tersayang Najmi Hariri amat dirasai apatah lagi saudara kembar sendiri.Begitu lama Afi menangisi pemergian abangnya dalam satu operasi komando sementelah bila memikirkan diri sendirian. Afi dan Najmi dianggap tidah wujud oleh datuk dan nenek mereka sendiri kerana kesilapan ibu bapa yang berkahwin tanpa restu.Namun kerana kasih dan rindu kepada anak sendiri Haji Ibrahim dan Hajah Noraini tewas dengan ego sendiri lalu menerima cucu sendiri walaupun ketika itu Najmi telah pergi.
Nyawa Afi dalam bahaya apabila musuh abangnya mula mencarinya untuk mendapatkan maklumat yang tidak Afi ketahui.Afi bagaikan hidup dalam pelarian..namun Haiyan Rifqi dan kawan-kawan abangnya selalu disisi untuk melindungi Afi. Demi mengelak fitnah masyarakat Rif melamar Afi walau dalam hati tiada cinta.Namun demi Afi,Rif rela berkorban nyawa.Mereka berkahwin tanpa cinta dihati hanya sayang sebagai sahabat sejati.
Kuasa Allah yang Maha Esa mengatasi bila Afi redha dengan ketentuanNya,cahaya cinta mula bersinar kepada suami sendiri.Namun Rifqi masih di deritai kenangan silam bersama tunang tersayang,kerana tunangnya terbunuh di depan matanya sendiri.Jiwa Afi sengsara bila terpaksa bersaing dengan orang yang telah tiada.Di tengah kemelut yang melanda,Najmi muncul sebagai insan lain.Afi rasakan umpama mimpi dalam mimpi.
Kesudahannya....boleh baca sendiri bagi yang belum baca...hehehe..

Tahniah buat kak Dhiya Zafira..Membaca novel ni membuatkan saya menyelami watak Afi...saat dia derita kehilangan abang dan saat kemelutnya bersama Rif.Yang saya suka ketika Afi dibawa 'terbang' oleh Rif semasa berada Pulau Pinang.Dapat saya bayangkn perasaan Afi masa tu..takut dan gayat..tapi saya suka time tu..macam kelakar pulak..yalah...mentang-mentanglah Rif komando...
Saya juga teruja dengan operasi-operasi komando yang dilakukan oleh Najmi,Rif,Eddie,Luqman dan Helmi..mencabar!!
Saat saya menangis bila waktu Rif ingin menyelamatkan Afi dari mati lemas dengan buat CPR...namun dia gagal..dapat saya bayangkan perasaan Rif masa tu...takut kehilangan kali ke dua.
Sekali lagi saya teruja bila Afi mengandung dan dapat baby kembar...
"kita takut sama-sama, okey?"

Jumaat, November 12, 2010

Basikal Baru

      Yeeayyy....yeeaayyyy...semalam kakak dapat basikal baru...Gembiranya dia..
             "Terima kasih..papa...terima kasih ummi...."itulah kata dia..
Warna Pink...Warna kegemaran kakak.

Posing ngan adik daaa....

Harga sebenar basikal ni RM175...tp bila ditawar-tawar dapatlah harga murah skit..RM150...
Seronok betul dia main basikal..adik pun siap nak rebut-rebut lagi...Asyik mintak nak main kat luar jer...tak kira panas ke hujan...haru jugak...
      
suka sangart bergambar dua beradik ni...

Rabu, November 10, 2010

Realitinya

     Mungkin dulu atau sebelum ni pun aku hanya membaca di akhbar atau tengok tv je...tapi bila benda ni berlaku depan mata..terkejut aku..
     Kejadian yang aku nak cerita ni betul-betul berlaku depan mata..Ya!Allah..betul lah dunia ni sudah akhir zaman.Kisahnya macam ni..Suatu hari tu aku aku sefamili pergi shopping barang -barang dapur..dan semasa nak bayar harga barang tu ku ternampak seorang mamat ni kalut jer nak bayar harga barang dia..mula-mula dia ke kuanter depan tapi tak ada orang..last-last dia patah balik dan bayar kat kuanter yang banyak-banyak tu..aku tengok...ish!apasal mamat ni kalut sangat...lalu aku jengok lah barang-barang yang ada kat dalam bakul dia..eemmm..sikit jer barang dia apa susah beratur jerlah...fikirku...tapi aku jenguk lagi sekali..lepas tu aku tengok pulak rupa paras dia..ermm..melayu..kulit sawo matang camtu..tapi nape ada ada botol tu?fikir tu..2 botol pulak tu..amoi yang jaga kat kaunter tu pun siap jeling-jeling dah..maknanya????korang agaknya boleh fikir sendiri..dengan mukanya macam hilang aura dah...orang kata cahaya keimanan  pun dah tak ada...Ya!Allah...moga diberi petunjuk olehNya..
     Bukan nak menuduh tapi dah depan mata...dan itulah realitinya....

    " TEPUK DADA TANYA IMAN"
     

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers