headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Selasa, Ogos 31, 2010

Sambut Merdeka Kat Tadika

Salam...
         Hari ni Tadika Penjara Simpang Renggam dah buat sambutan Kemerdekaan yang ke 53...jadi kami para ibu bapa dijemput hadir sekali untuk memeriahkan sambutan.
         Errmmm...nasib baiklah kakak tak banyak ragam nak bangun pagi ni..mungkin tak sabar nak kibar jalur gemilang.Oleh kerana papanya kerja hari ni jadi aku yang kena hadirkan diri bawa sekali adiknya,Aisyah.
        Sampai kat sekolah dah ada ibu2 yang sampai..setelah semuannya berkumpul,kami nyanyikan lagu Negaraku,lagu Negeri Johor,lagu Tanggal 31 dan lagu Jalur Gemilang.Semangat semuanya termasuk kami ibu2...heheheh....
       Setelah selesai nyanyi..ada pula aktiviti mewarna lukisan..ibu2 disuruh sekali mewarna bersama anak-anak..hahaha..seronok jugak yalah dah lama tak mewarna..semua bersemangat merdeka.
Merdeka!Merdeka!Merdeka!...
Hasil Tangan Kakak

Kakak Bersama Lukisannya

Bergambar Bersama Kawan-kawan dengan Lukisan Masing2


Selamat Hari Merdeka!

Salam Kemerdekaan

Selamat Menyambut  Hari Kemerdekaan yang ke 53..
Semoga Malaysia akan terus aman dan makmur..dan semoga Malaysia akan sentiasa dilindungi Allah S.W.T.
Tapi...
Merdeka kah kita kalau saban hari masih ada yang membuang bayi?
Merdeka kah kita kalau saban hari masih ada mat rempit yang bermaharajalela di jalanan?
Merdeka kah kita kalau saban hari masih ada yang merasuah?
Merdeka kah kita kalau saban hari masih berlaku gejala sosial yang memalukan?
Merdeka kah kita???

Dimanakah letaknya erti kemerdekaan dalam jiwa kita?
Fikir-fikirkanlah....
Jangan lagi jiwa kita dijajah oleh nafsu sendiri.
Jangan lagi jiwa kita dijajah oleh budaya asing yang hanya ingin menyesatkan kita.
Renung-renungkanlah....

Salam Kemerdekaan

Isnin, Ogos 30, 2010

Ragam

Salam..
     Dah lama aku tak berceloteh tentang puteri-puteri kesayangan aku ni..Nurain dan Nuraisyah..si kakak dan si adik ni..sekarang ni kakak dah umur 4 tahun 9 bulan..adik pulak 1 tahun 5 bulan..dah semakin membesar..jenuh nak mengawal.baru 2 anak...ibu2 yang anak ramai macam mana lah agaknya ya..ermm...tak perlu contoh jauh contoh yang dekat pun ada ni..siapa lagi kalau bukan ibu ku yang tersayang...yalah aku ada 7 orang adik beradik..
     Berbalik kepada kisah puteri2ku..ermm...masing2 dengan perangai dan tingkah laku yang berbeza..mungkin yang sama nya mereka ni suka bergurau.Kakak ni..Alhamdulillah dah sekolah tadika dan dari hari ke sehari perkembangannya Alhamdulillah...nampak sudah berdikari.Kalau dulu bukan main manja lagi terutama dengan papa dia..manja sesangat..sekarang ni pun ada lagi manja tapi dah kuranglah skit..
    Sekarang ni macam-macam fiil perangai diorang ni...bila si adik dah boleh berjalan dan bercakap skit2..adik pun dah pandai mintak itu ini..tapi ayatnya.."nak air"...hah!tu lah ayatnya...walau nak benda lain sekalipun..nak air..nak air...hahaha....adik..adik...sekarang ni pun dia dah pandai sebut 'papa'..seronok dengar..sukalah papa dia bila anak dah boleh panggil papa ya..tp umi..adik tak boleh sebut lagi yang keluar 'mama'..huhuhu....nama kakak adik bantai sebut ain je..tak ada kakak2 nya..hahahah...kelakar betul Aisyah ni...
    Kakak ni kalau bab makan memilih betul..patutlah keding jer..huhuh..makan vitamin dah habis berbotol2..gemuknya tak jugak..kalau adik..bagi je makan apa semua dia makan..tulah sebab adik ni berisi skit badan dia...makanan kakak biasanya mee goreng,nasi ayam,bihun sup...tapi biasanya adik yang habiskan..
     Hmmm..sekarang ni pening kepala aku...huh!agaknya kakak lah idola adik..yalah semua yang kakak buat adik akan tiru..terutama bab merajuk..alahai si kecik umi dah pandai merajuk sekarang..dan dah pandai berebur-rebut barang dan gaduh2 ngan kakak..penin!penin!..
     Apa-apa pun aku suka dan seronok tengok mereka membesar..merekalah anugerah Allah kepada kami suami isteri.Semoga anak umi dan papa membesar dengan sihat dan gembira.

adik dah pandai memanjat..sekali jatuh nangis..pastu panjat lagi..

kakak yang gemar bergambar

toys terbaru..kakak punya Dora..adik punya Pooh.


Dari hatiku : anak-anak ku..umi dan papa bahagia dan bangga memilikimu..

Rabu, Ogos 25, 2010

Perasaan Aku

Hanya Aku Yang Tahu
Mereka Tidak Mungkin Tahu
Mereka Tidak Mungkin Merasainya
Hanya Aku Yang Boleh Merasai

Namun Kenapa Aku
Kenapa Tidak Mereka
Kenapa Bukan Orang Lain
Kerana Aku adalah Aku

Aku Tidak Mungkin Menjadi Mereka
Tidak Mungkin Menjadi Orang Lain
Kerana Aku Hanya Aku
Melalui Semua Ini

Tapi Siapa Aku
Dimana Aku
Hanya Aku dan Tuhan Yang Tahu
Kerana Aku Adalah Perasaan Aku

Perasaan Aku Yang Bahagia
Perasaan Aku Yang Derita
Perasaan Aku Yang Suka
Hanya Aku Yang Tahu


Ahaks!Aku pun tak tahu apa yang aku merepek ni...huhuhu...boleh ke ini di panggil sajak???Hahahaha...kalau ada yang baca bacalah...

Selasa, Ogos 24, 2010

Mercun Oh Mercun

            Puasa,Raya dan Mercun memang tidak boleh dipisahkan.Kalau dipisahkan mungkin sudah tidak meriah.Hmmm...sebelum puasa lagi telinga ni sudah terdengar-dengar bunyi mercun...huh!hangat jugak hati aku ni..Agak2lah kalau nak main mercun pun..belum puasa pun sudah bunyi pong sana pong sini...Geram betul!
         Sekarang ni kita dah berada di pertengahan Ramadan..maka semakin bingitlah telinga ni mendengar bunyi mercun.Dan semakin banyaaklah kes cedera akibat main mercun.Semakin sibuk lah doktor2 kat hospital.Apa nak jadi ni..dah tahu benda tu merbahaya..main lagi...siapa yang nak dipersalahkan????
        Hah!kes terbaru yang paling ngeri yang sampai budak 6 tahun melekat kat atas pokok..ngeri betul.Tapi rasanya tiada seorang pun yang ambil iktibar daripada kejadian tu kerana masih ada yang dilaporkan cedera akibat mercun.Agak2nya apa yang akan berlaku lagi supaya mereka2 ini insaf  tak nak main mercun lagi.Rasanya kerajaan dah lakukan macam-macam cara untuk membenteras penyeludupan mercun ini tapi masih berlaku lagi kejadian-kejadian yang tidak diingini.
        Yang hairannya..budak2 bawah umur yang seronok main..mak bapak diorang tak halang ke?Kalau anak tu cedera ke meninggal ke baru nak menyesal.Baru nak menangis.Yalah kadang2 tu mak bapak yang turut main......huhuhu...haru betul..
Jangan Main Mercun!!!

Sekarang ni macam -macam jenis mercun ada di pasaran.Mercun bola,mercun katak,mercun ayam,mercun ketupat,mercun roket dan macam2 lagilah..Main mercun ni memang ada nostalgianya.Masing-masing ada pengalaman sendiri...tp aku tak pernah main mercun cuma main bunga api je..tu pun takut2.Takut api kena kat muka.
Mercun Bola

Wahai adik2 dan kawan2 kat luar sana..beringatlah sewaktu bermain mercun.kalau boleh tak payahlah main langsung ya..takut nanti ada yang tak boleh raya atau ada yang raya tak cukup anggota badan.Jadi beringatlah sebelum kena.Jangan sampai Aidilfitri nanti sudah tak ada maknanya.

Isnin, Ogos 16, 2010

Bila Anugerah Tidak Di Hargai

Sedih..geram...marah...dan macam2 lagi perasaan merajai hati bila saban hari disajikan dengan berita pembuangan bayi....Ya!Allah...inikan tanda2 kiamat hampir tiba?Kenapa lah diorang ni sanggup membuang darah daging sendiri..binatang pun tahu sayang anak..inikn pulak manusia...memang tak ada hati perut langsung....yalah mungkin masa beranak tu tercabut habis segala urat perut.Tu yang tak ada hati perut tu.
Pilunya hati bila lihat gambar anak2 yang dibuang.Diorang ni tidak ada perasaan sayang ke?senang2 je buang.Masa bercinta semua manis..semua indah..bila dah terkena inilah jawabnya.Buang bayi yang di kandung selama 9 bulan.
Wahai anak2 remaja diluar sana..ingat lah bila berpacaran,bila berkasih-kasihan.Tak salah berpasangan tapi hendaklah ada batasannya mengikut agama kita,Islam.wahai ibu2 bapa2..tidak kasihkan anda pada bayi yang dikandung sampai sanggup membuangnya?Malu?oh....masa buat tidak fikir semua itu.
Wahai ibu2 dan bapa2 yang sanggup membuang anak2 anda tidak takutkah anda dengan hukum Allah?Sampai bila benda ini akan berlaku?Hargai anugerah yang Allah berikan.

ingatlah ketika kita kandung bayi ini...9 bulan di dalam kandungan.

tak kan sanggup di buang begitu saja..

Ingatlah wahai para ibu dan bapa...anak itu anugerah Allah yang sangat berharga.Didik dan bimbinglah mereka agar menjadi anak yang soleh dan solehah.InsyaAllah.

Apa sebenarnya hukuman yang patut dikenakan kepada mereka2 yang membuang anugerah Allah ini?Sekarang ni pun kerajaan sedang mengkaji hukuman apa yang patut dikenakan.Mungkin hukuman di dunia ini bolehlah terlepas tapi hukuman Allah itu pasti.

Ahad, Ogos 08, 2010

Ramadhan dan Puasa

Assalamualaikum...Ramadhan dah tiba...jadi kita sebagai umat Islam wajib mengerjakan rukun Islam ni...Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita masih diberi peluang untuk beribadah kepadaNya..InsyaAllah..kita mengharapkan ramadhan kali ni penuh makna dan penuh keberkatan dengan rahmat yang Allah berikan..
Sebagai umat Islam kita seharusnya bersyukur kerana Allah mewajibkan kita berpuasa di bulan yang mulia ini..Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah:183 yang bermaksud...
"Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (S.al-Baqarah:183)


Banyak kelebihan dan kebaikan kalau kita berpuasa ni ya...syukur sangat2...antaranya
1)Puasa membersihkan diri kita daripada dosa..InsyaAllah bila kita berpuasa dengan ikhlas kita akan terhindar dari melakukan dosa.
2)Puasa akan dapat membersihkan kotoran dalam badan kita,dimana ia bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau tosik dalam darah manusia.
3)Ia juga memberikan kesegaran kepada fizikal dan mental kita.
)Puasa juga boleh menurunkan berat badan..hah!sape2 yang rasa diri dia tu dah obes..bolehlah jalankan misi kuruskan badan bulan puasa ni ya....(termasuklah aku)
4)Puasa juga menghindarkan diri kita daripada berkata benda yang bukan2,mengawal diri daripada mengumpat dan sifat2 buruk yang lain...(itupun kalau kita puasa kerana Allah)
5)Puasa juga mengajar diri kita erti kesabaran.

hah!itulah antara kelebihan berpuasa...sebenarnya ada banyak lagi kelebihan dan kebaikannya.

Sahur...ha..jangan lupa sahur ya...banyak berkatnya kalau kita bersahur.Rugi kalau tidak rebut peluang itu..Ia sesuai dengan sabda nabi kita Muhammad S.A.W..
“Makan sahurlah kalian kerana di dalam sahur ada barakah.” (HR. Al-Bukhariy no.1923 dan Muslim no.1095)

Bila bulan Ramadhan dah tiba ni bersama2lah kita berebut2 mengambil keberkatannya.Jangan pulak tidak puasa ya...yalah sekarang ni banyak sangat kisah yang terjadi...si polan2  itu x puasa lah...apa lah...kena tangkap sebab tak puasa lah..makan di khalayak ramai...isshh...tak malu ke diorang ni..ada tu umur dah lanjut tapi x puasa lagi..boleh siap makan depan orang ramai..huhuhuh..harap2 tahun ni x ada lagilah macam tu ya...moga2 semua umat islam mendapat hidayah di bulan mulia ni..InsyaAllah.

Puasa juga membolehkan kita mengawal hawa nafsu...macam2 nasfu kita boleh kawal...nafsu marah,nafsu makan dan macam2 lagi..sebut tentang nafsu makan ni ..aku nak cakap lah skit...errmm....

isteri: "bang,jom pergi bazar ramadhan,"ajak si isteri
suami: "ok,"jawab suami..tiba di bazar ramadhan...
isteri: "alahai bang!banyaknya makanan...saya nak itu..saya nk ini...saya nak makan yang tu...
......alahai..banyaknya berbelanja..nak makan itu lah ini lah..hah!itulah serba sedikit cerita di bulan puasa ni...macam2 kita nak makan..macam2 kita beli..last2 sekali bila dah time berbuka dah kenyang...makanan yang lebih tu akan membazir jer kan...so..pandai2lah kawal nafsu keinginan kita..

Semoga kita semua mendapat berkat di bulan yang mulai ini...InsyaAllah...Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa...

Selasa, Ogos 03, 2010

Jumpa Dentist

Hari ni..kakak kena jumpa dentist..hhuhuhu...cmner ni ek....takut pulak dia xnak pergi..tp Alhamdulillah...semua berjalan lancar..kakak memberikan kerjasama yg baik sekali..terima kasih anak ummi..
Bila dipanggil masuk bilik tu kakak ok jer...kami dah mula 'gabra'...takut kakak buat hal...setelah diperiksa gigi kakak kena tampal...4 batang pulak tu...semua gigi geraham...dalam hati aku..alahai..cmner lah gamaknya..nurse dah tanya dia nak buat semua ke buat sikit2..dia dah jawab sikit2 dah..hihihhi..takut lah tu..nurse tu kata kalau buat sikit2 nanti kena datang lagi...so kenalah buat semua...
kerjasama yang baik dari kakak...

muka dah lain macam...

akhirnya....huhuhhuhu..member dah nangis...nak balik..

adik pun nak periksa gigi jugak...tp..last sekali nangis....

ok lah tu...adik n kakak..6 bulan lg kita jumpa dentist pulak ek...

Isnin, Ogos 02, 2010

Lawatan Sambil Belajar

Sabtu lepas tadika kakak ada buat lawatan sambil belajar ke Bandaraya Johor Bharu..so..kami ibu bapa kenalah ikut serta rombongan tu..kalau x..jenuh cikgu nak mengawal budak2 ni...huhuhu....haru...dalam pukul 8.30 pagi bertolaklah kami ke destinasi..destinasi pertama ke Balai Bomba Johor Bharu..
terujanya kakak nak g lawatan..

turun...turun..dah sampai Balai Bomba..

ok!anak2....beratur...kita nak masuk dalam..

kakak n kawan dia..kat tepi lori water tanker...

hahahah...teruja betul anak2 main air...dah ada sampai nk mandi...bukan takat anak2..ibu2 pun teruja..hahaha...
makan tengahari...
lagilah seronok bila masuk zoo..
huk!tak sangka pulak kakak berani bergambar bersama ular...wooo..

adik pun teruja...seronok...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers